teja IRzara casa cinta acaaseera

Sunday, April 27, 2008

S U K A T I A R!!!

banyak pandangan yang boleh diterima akal apabila persoalan - KENAPA PENULIS KITA (MALAYSIA) TIDAK BOLEH MENYARA HIDUP HANYA DENGAN MENULIS SEPERTI PENULIS DI NEGARA ASING? jawapan-jawapan klise sering dilontarkan. antaranya -
Penerbit tidak jujur - MUNGKIN
Penerbit tidak membayar royalti - YA! (sebab aku dah terkena)
Pembaca yang sangat minimum - MUNGKIN TIDAK
Hasil kurang 'kick' - NO KOMEN
Tulisan ala kadar - ADA YANG OK, ADA YANG TAK OK, ADA YANG KURANG OK
Artis lain yang ambil kesempatan dalam bidang ini. Suruh orang lain tulis pastu terpampang kat kulit buku nama dia! Dan ceritanya sudah tentu berbunyi begini - Kisah cintaku dengan bla...bla bla.... Gambar kenanganku dengan bla...bla..bla...ADUH! TAPAPE R! PLEASE lah! - MEMANG TERJADI PUN!
banyak lagi yang tak tersebut. buat hati aku dan kawan-kawan lain panas aje. bukan nak kata kami tak bersyukur tapi kadang-kadang terasa seperti dianak tirikan oleh pihak-pihak yang mementingkan keuntungan dari rasa tanggungjawab membela nasib penulis.
apa yang aku nak kongsikan ialah pada tanggal 23 APRIL 2008, aku dan Manja ke pasar raya berdekatan dengan rumah. terasa nak makan makanan segera lepas syok (bolehlah) tengok OVER HER DEAD BODY (sebab cite lain sume dah tengok). Manja terpandang satu road show di tengah-tengah pasar raya itu dan terus menarik lenganku. banyak gila buku di situ dan aku terus teringatkan seorang rakan penulis yang ada menulis untuk penerbit itu. ' Mesti novel dia ada kat sini'...mata aku gelojoh mencari-cari nama penulis itu. mana ni...erm..mane ni..tu dia!
aku terus capai hasil sang penulis dan tunjuk pada Manja dan Manja capai untuk melihat-lihat. belum sempat aku atau Manja membuka mulut, seorang gadis ayu berbaju kurung datang kepada kami dan......... 'Buku tu tak sedaplah. Bosan...Memang tak best!'
tertelan air liur aku. aku pasti dia bukan pengunjung memandangkan tadi aku ternampak dia berbual mesra dengan pelukis penerbit itu. mata aku yang tadinya besar tiba-tiba mengecil memandang wajah gadis itu. aku kemam bibir menelan ayat ini - 'Suka hati akulah nak tengok yang mana pun!' mujur Manja ada di situ. tanpa dia mungkin aku dah mula nak wat kecoh kat tempat orang. kemudian tanpa rasa bersalah, dia cuba pula nak promote satu nama penulis kepada aku...yang aku tak kenal. - 'Yang ni best. buku-buku dia semua sedap!'
mungkin, mungkin dan mungkin niat si penjual tu nak beri cadangan kepada pelanggan untuk membeli novel-novel yang bagus tapi......sebagai seorang pembantu jualan yang duduk di bawah bumbung penerbitan besar seperti itu, kau tak ada hak walau sebesar telur kuman untuk keluarkan statement 'Buku tu tak sedaplah. Bosan...Memang tak best!'!!!!!!!!!!!!!!!!!
pada masa itu dia adalah seorang pembantu jualan, bukan seorang pembaca! sudah aku nak terangkan, moga kalian faham. apa yang sepatutnya ialah fikirkanlah jalan atau strategi bagaimana hendak melariskan jualan buku yang 'dikatakan' tidak laku!
sakit hati aku. walau itu bukan hasil aku tapi sedikit sebanyak persikan api tutur bicara jurujual membakar hati aku. Manja pula cuba menambah 'petrol' - 'Yelah kan, mana boleh cakap camtu. ntah itu kakak kita ke..sedara kita ke..tak patut...'
saat tu nak aje aku ambil sebatang pen dan sehelai kertas - 'Cuba kau buat satu cerpen yang boleh buat kami mengalirkan air mata!'
ah! tentu saja minah tu melalak sebelum sempat dakwat menikam kertas!
aku kira makan purnama untuk penulis itu menghasilkan karya setebal iu. lantas mana mungkin, tiada sekelumit pun moral yang boleh diambil ? cakap, kritik, senanglah wahai sang TIDAK PENULIS! cuba-cubalah belajar hargai karya 'cabuk' kami. si cabuk akan jadi pakar dengan dorongan demi dorongan. jangan pandai komen negatif aje!'
penulis sakit kepala, sakit mata, sakit tangan, sakit jari, sakit tulang belakang dan segala macam sakit akan datan hanya untuk menghasilkan sebuah karya. dan segala kesakitan itu akan hilang hanya dengan sedikit penghargaan pembaca. apa pasal pergi bagi sakit hati? itu bakal beri barah pada penulis sekaligus menghalimunankan semanga mereka.
come on lah! wake up! kalau jurujual sendiri tak tahu macam mana nak wat 'sale' untuk penulis kita yang dah berpuluh novel, macamana dengan nasib penulis baru termasuk aku??apa jaminannya??
kalau pun pada kau cerita tu tak sedap, jangan kongsi dengan orang lain, cubalah hargai tiap tiik keringat yang mengalir untuk setiap butir perkataan penulis. akhir kataku..aku punya pasal lah nak beli buku siapa!
dan kepada penulis 'glamour kew???' gua nak tengok takat didih mana kau boleh terus PANASZZZ....
suka ati akulah nak tulis apa....demi membela kawan-kawan penulisku..
posted by acaaseera teja IRzara at 19:30

5 Comments:

fuh...berapi tu..ntahnya, suka ati orglah nak beli yg tak best ke apa ke...tak semestinya yg pada org lain tak best, pd kita pun tak best. taste lain2 apa...nape tak cilikan mulut dia q? hehe....

April 28, 2008 at 12:57 PM  

tulah pasal ingat nak sembur dengan cili api tapi Manja ada..malulah nak wat perangai..nnt kak..kite taulah..kalo jumpe lagi.huh!!!

April 29, 2008 at 8:18 PM  

ira ... akak sokong dengan apa yang ira katakan. Memang tak patut si sales tu menindas penulis daripada penerbitan lain semata2 hendak menaikkan nama penulis daripada penerbitan agung. Huhu! Nampaknya dia kena belajar cara bagaimana nak buat sales agar tidak berat sebelah.

Akak yg dengar pun dah berapi2 ni. Sakitnyaaa ati. KEnapa ek manusia di malaysia begitu. Ntah pape. huh!

May 6, 2008 at 8:11 PM  

mentaliti org 'kita' masih di bawah tahap 'siuman' kak. masih perlu kikis 'karat-karat' kat otak mereka yg sengaja dibiarkan tebal!

May 13, 2008 at 9:01 PM  

oh,daku setuju bile ira kate penulis negara ini xleh maju idup ngan hasil penulisan.daku juge terkene lah iera.waaaaaaaa!dorang memang tak patut!

May 22, 2008 at 4:45 PM  

Post a Comment

<< Home


Got My Cursor @ 123Cursors.com