teja IRzara casa cinta acaaseera

Wednesday, May 14, 2008

salam...

masih belum terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI IBU buat bonda aku PUAN RAHIMMAH binti ABD LATIFF. semoga mama tabah mneghadapi dugaan hidup ni. mama tabah, mama kuat semangat yang tak boleh sesiapa nafikan. terima kasih mama membesarkan aku menjadi seorang perempuan yang menjadi perempuan. kalau boleh diberi satu permintaan, kekallah mama di dunia ini sampai kami semua diam bersemadi agar takkan terhenti kasih mu yang tiada tanding. aku sayang mamaku.. . .kasihku padamu tiada duanya..

untuk semua.. . .

bila diri ini dicintai, terasa bahagia. . .
bila terdetik hati, kita bukan yang pertama. . .
mula terasa bisa.. .. .
sakit di hati tidak terkata walau bukan niat.. . .
tapi... .. ... .

kalau pun dia bukan cinta pertama mu.. .
jadikanlah dia CINTA SEJATImu.. . ..
sesungguhnya tidak semua cinta pertama suci. . .
tapi siapa dapat membidas bahawa cinta sejati tulus tiada? .. .
kerna memang tiada lawan cinta sejati itu. .. .
yang menerima siapa pun dirimu. ..
berapa pun nilaimu. .. .
tinggi rendah darjatmu. . .
banyak kurang hartamu. ..
hodoh cantik parasmu. ..
acap cinta sejati bikin kamu bahagia. .
sampai bila bila.... .. . .. .
sekali lafaz dia CINTA SEJATI.. . .usah sekali dikhianati.. . ..
kerna ia takkan kembali lagi. . . . ..
posted by acaaseera teja IRzara at 21:10 0 comments

Sunday, April 27, 2008

S U K A T I A R!!!

banyak pandangan yang boleh diterima akal apabila persoalan - KENAPA PENULIS KITA (MALAYSIA) TIDAK BOLEH MENYARA HIDUP HANYA DENGAN MENULIS SEPERTI PENULIS DI NEGARA ASING? jawapan-jawapan klise sering dilontarkan. antaranya -
Penerbit tidak jujur - MUNGKIN
Penerbit tidak membayar royalti - YA! (sebab aku dah terkena)
Pembaca yang sangat minimum - MUNGKIN TIDAK
Hasil kurang 'kick' - NO KOMEN
Tulisan ala kadar - ADA YANG OK, ADA YANG TAK OK, ADA YANG KURANG OK
Artis lain yang ambil kesempatan dalam bidang ini. Suruh orang lain tulis pastu terpampang kat kulit buku nama dia! Dan ceritanya sudah tentu berbunyi begini - Kisah cintaku dengan bla...bla bla.... Gambar kenanganku dengan bla...bla..bla...ADUH! TAPAPE R! PLEASE lah! - MEMANG TERJADI PUN!
banyak lagi yang tak tersebut. buat hati aku dan kawan-kawan lain panas aje. bukan nak kata kami tak bersyukur tapi kadang-kadang terasa seperti dianak tirikan oleh pihak-pihak yang mementingkan keuntungan dari rasa tanggungjawab membela nasib penulis.
apa yang aku nak kongsikan ialah pada tanggal 23 APRIL 2008, aku dan Manja ke pasar raya berdekatan dengan rumah. terasa nak makan makanan segera lepas syok (bolehlah) tengok OVER HER DEAD BODY (sebab cite lain sume dah tengok). Manja terpandang satu road show di tengah-tengah pasar raya itu dan terus menarik lenganku. banyak gila buku di situ dan aku terus teringatkan seorang rakan penulis yang ada menulis untuk penerbit itu. ' Mesti novel dia ada kat sini'...mata aku gelojoh mencari-cari nama penulis itu. mana ni...erm..mane ni..tu dia!
aku terus capai hasil sang penulis dan tunjuk pada Manja dan Manja capai untuk melihat-lihat. belum sempat aku atau Manja membuka mulut, seorang gadis ayu berbaju kurung datang kepada kami dan......... 'Buku tu tak sedaplah. Bosan...Memang tak best!'
tertelan air liur aku. aku pasti dia bukan pengunjung memandangkan tadi aku ternampak dia berbual mesra dengan pelukis penerbit itu. mata aku yang tadinya besar tiba-tiba mengecil memandang wajah gadis itu. aku kemam bibir menelan ayat ini - 'Suka hati akulah nak tengok yang mana pun!' mujur Manja ada di situ. tanpa dia mungkin aku dah mula nak wat kecoh kat tempat orang. kemudian tanpa rasa bersalah, dia cuba pula nak promote satu nama penulis kepada aku...yang aku tak kenal. - 'Yang ni best. buku-buku dia semua sedap!'
mungkin, mungkin dan mungkin niat si penjual tu nak beri cadangan kepada pelanggan untuk membeli novel-novel yang bagus tapi......sebagai seorang pembantu jualan yang duduk di bawah bumbung penerbitan besar seperti itu, kau tak ada hak walau sebesar telur kuman untuk keluarkan statement 'Buku tu tak sedaplah. Bosan...Memang tak best!'!!!!!!!!!!!!!!!!!
pada masa itu dia adalah seorang pembantu jualan, bukan seorang pembaca! sudah aku nak terangkan, moga kalian faham. apa yang sepatutnya ialah fikirkanlah jalan atau strategi bagaimana hendak melariskan jualan buku yang 'dikatakan' tidak laku!
sakit hati aku. walau itu bukan hasil aku tapi sedikit sebanyak persikan api tutur bicara jurujual membakar hati aku. Manja pula cuba menambah 'petrol' - 'Yelah kan, mana boleh cakap camtu. ntah itu kakak kita ke..sedara kita ke..tak patut...'
saat tu nak aje aku ambil sebatang pen dan sehelai kertas - 'Cuba kau buat satu cerpen yang boleh buat kami mengalirkan air mata!'
ah! tentu saja minah tu melalak sebelum sempat dakwat menikam kertas!
aku kira makan purnama untuk penulis itu menghasilkan karya setebal iu. lantas mana mungkin, tiada sekelumit pun moral yang boleh diambil ? cakap, kritik, senanglah wahai sang TIDAK PENULIS! cuba-cubalah belajar hargai karya 'cabuk' kami. si cabuk akan jadi pakar dengan dorongan demi dorongan. jangan pandai komen negatif aje!'
penulis sakit kepala, sakit mata, sakit tangan, sakit jari, sakit tulang belakang dan segala macam sakit akan datan hanya untuk menghasilkan sebuah karya. dan segala kesakitan itu akan hilang hanya dengan sedikit penghargaan pembaca. apa pasal pergi bagi sakit hati? itu bakal beri barah pada penulis sekaligus menghalimunankan semanga mereka.
come on lah! wake up! kalau jurujual sendiri tak tahu macam mana nak wat 'sale' untuk penulis kita yang dah berpuluh novel, macamana dengan nasib penulis baru termasuk aku??apa jaminannya??
kalau pun pada kau cerita tu tak sedap, jangan kongsi dengan orang lain, cubalah hargai tiap tiik keringat yang mengalir untuk setiap butir perkataan penulis. akhir kataku..aku punya pasal lah nak beli buku siapa!
dan kepada penulis 'glamour kew???' gua nak tengok takat didih mana kau boleh terus PANASZZZ....
suka ati akulah nak tulis apa....demi membela kawan-kawan penulisku..
posted by acaaseera teja IRzara at 19:30 5 comments

Monday, April 21, 2008

r i n d u weyyyyyyyyy

salam rindu untuk semua terutama sekali akaas//bikash//eny//ebriza//pu3 rock the world//hahah!jgn marah pu3. lama tak gurau dengan kau. sape yang aku tak sebut nama jangan kecik ati. cicir di kata tak tinggal di hati. chewaah~
untuk semua. bukan sengaja aku tak jenguk casa aku ni. tak ingat ke dulu tiap-tiap hari aku datang membaja dengan kata-kata, dengan gurau senda dengan semua kawan-kawan kat sini.
mungkin boleh aku katakan aku melalui satu UJIAN KECIL dari DIA YANG MAHA BERKUASA. sampai demam-demam jadinya. baru aku tahu bukan senang nak buat satu keputusan yang bakal mempengaruhi seluruh hidup aku dan orang-orang tersayang. tak perlu aku ceritakan. cukup dengan kata 'aku agak jatuh untuk lalu semua tu'. kat sini, terima kasih untuk insan-insan yang menyokong aku dalam aku membuat keputusan. seperti kata dia - 'sampai bila kau nak hidup dengan menjaga hati orang lain sedangkan orang tak pernah fikirkan kau??'
dan akhirnya aku buat keputusan demi diri sendiri yang agak 'layu//diseksa' manusia yang tak pernah fikir perasaan orang lain.
aku terpaksa korbankan beberapa perkara dalam kata putus ini. tapi aku tau aku akan dapat sesuatu keindahan kebahagian sebagai 'ganti'. insya-ALLAH.
rindu kat korang semua jangan cakaplah..walau baru kenal tapi rasa cam dah berdekad kita bermain kata gurau senda.
sini, aku nak beritahu. mungkin aku akan jarang menjenguk kalian semua seperti dulu tapi tak bermakna korang kena lupakan aku (cubalah kalau nak kena lempang!) huh~ dan aku takkan sekali lupakan semua yang banyak menyokong aku kat sini.
aku sayang CINTA..aku sayang TEMAN-TEMANku...
sampai berjumpa lagi. terima kasih untuk kau yang membawa aku ke CC untuk jenguk casa aku. muahhhh~ buat kau...hahaha...
dan tak lupa..ROSES untuk semua kawan-kawan aku kat sini! nah..nah...
posted by acaaseera teja IRzara at 22:38 3 comments

Wednesday, April 2, 2008

b u k a n senang nak d i s a y a n g

baca nukilan EBRIZA AMINNUDIN aku terasa sayu. aku tak tahulah aku salah faham dengan maksud sebenar yang tersembunyi dalam tulisan tu tapi aku yakin aku tak tersilap (kalau silap jangan marah ye kak abby).
jadi tujuan aku posekan BISIKAN CINTA sang DEWI CINTA ni dengan niat nak memujuk atau dengan lebih tepat nak tiup kembali semangat penulis (yang mungkin benar-benar mengalami) dan juga untuk renungan dan tatapan semua MAWAR BERDURI.
lahir sebagai perempuan ni bukan senang. apa sahaja jalan yang kita ambil akan dipersoalkan. contoh maksud aku ingin bergayut pada dahan lain adalah - ada lebih dari seorang lelaki dalam hidup. kadang-kadang wanita terpaksa melakukan itu hanya untuk membebaskan diri dari sebarang kemungkinan 'dahan' pertama akan bosan menanggung 'beban' yang bergayut padanya. kalaulah dahan tu tiba-tiba patah, tak ke 'beban' terjelepuk jatuh tersembam ke tanah?
soalan : jadi salah ke kalau bergayut pada dua 'dahan' dalam satu masa? kan ke ada dua tangan?
jawapan : JANGAN!
alasan : ingatlah pada hukum KARMA - What goes around comes around//What goes up must come down//Now who's cryin', desirin' to come back to me//
tindakan : SETIAlah pada yang satu walau dia ada niat menduakan cinta.

gadis punyalah sayang. menyerah segala - masa, kasih, sayang, perhatian, cinta, wang (terutamanya!) dan ada yang lebih obses sanggup menggadai tiap ceruk sudut liuk lekuk tubuh hanya untuk mendapatkan cinta. sebab tu jangan bergantung pada 'dahan'. berlindung dengan dahan. bila bergantung, dia akan harapkan habuan sebab penat bila terpaksa menggung 'beban'. bila tumpang berlindung, akan nampak suci atau tidak hatinya. gadisku, cubalah teroka isi dahanmu...adakah dahan itu penuh dengan keikhlasan atau kosong dah dimakan nafsu.

nantilah..tunggulah dengan penuh sifat sabar. kadang-kadang apa yang datang sendiri lebih berharga dari yang dicari. bila dicari akan ada sifat tak sabar. kurang teliti, kurang periksa. yang datang akan cuba membajai dengan kasih suci. mudah dapat, mudahlah pergi. susah dapat, melekat di hati...
kalau pernah disakiti, jangan ada rasa mengalah di hati. itu semua ujian untuk kau dapat yang benar-benar menghargai. ada seseorang di luar sana sedang menanti. permaisuri yang bakal merajai hati. tenangkan hatimu gadisku. apa yang berlaku hanya jentikkan kecil dari Yang Satu.
mungkin esok kau akan bertemu, dengan putera raja hatimu...
"."."."rasa puas bila dapat berkongsi perasaan cinta dengan yang memerlukan...Dewi Cinta."."."."

"...acap dia indah..terkadang dia bahaya...CINTA"-teja IRzara
posted by acaaseera teja IRzara at 16:04 0 comments

Dahan Kukuh Pencarian Dirimu

khas buatmu EBRIZA AMINNUDIN ::
dan buatmu Mawar-mawar Berduri ::

Masih ada
dahan yang kukuh buatmu
Hawa bak mawar
Perlu dahan berduri melindungi
dari dicemari tangan tak suci
dari dipetik tangan tak berhati
dari dijamah hidung tak mengasihi
Hanya penuh nafsu
Penuh ingin pada nikmat
Mahu memakan diri


Tuluskah dahan kini

Atau hanya pada pandangan iris
Bukan dari pandangan hati
Teguhkah kuat kasih dahan kini
Atau hanya buat sementara
Bukan buat selamanya



Zalimkah diri jika sering disakiti
Butakah hati jika tangan ini
Cuba bergantung di dahan lain
Hanya untuk kepastian diri takkan diluka

Dahan rapuh yang tidak benar-benar melindungi

Usah sekali terlintas di sanubari!

Dengan dahan lain yang melambai berjanji-janji

Kerna kau akan terluka sendiri di kemudian hari

Jika bermain dengan dahan berduri jika curang walau sekali



Mawar...
Usah tertipu pada kecantikan sang dahan
Jangan berharap untuk bergantung

Hanya berharap untuk berlindung
Mudah untuk kau sedar
Bila ia akan tumbang
Rapuh dek masa
Reput dek usia
dan mati..




Masih ada mawar sayang
Dahan kasih yang akan melindungi
Berirama memujuk resah hati
Pada Dia kita menadah
Dahan asli teguh 'pendirian'
Yang hanya akan memelukmu mawar
Bukan kerana niat pesong hati
Hanya kerana suci kasih pada diri
Nawaitulah pada hati
Moga jumpa satu hari nanti
dalam perjalanan hidup ini
Yang penuh duri
Pada dahanmu tempat kau berlindung
Mengadu sakit di hati
Berkongsi cinta di sanubari
Kau indah si mawar
Perlu apa bimbang di naluri
Asal hati penuh cinta suci
Bukan materialistik memonopoli
Baik di hati dahan cantik kau akan temui






Akan berakhir pencarianmu
Di suatu masa kau takkan bergantung padanya
Suatu saat akan tiba
Bila kau atur langkah di bawah lindungannya
Penuh bayu kasih
Halus hembusan bisikan cinta
Dipayungi ghairah sayang
Akan kau temu noktah kembaramu mawarku



.:Di mana dia tiada jawapannya:.

.:Hanya pada Dia Yang Maha Tahu Segalanya:.

.:Mungkin seperti aku:.

.:Yang masih berlindung di bawah pohon kasih:.

.:Dari aku belum pernah mengenali apa-apa:.

.:Tak siapa sangka pohon waktu riang membesar bersamaku:.

.:Mungkin kau akan bahagia sepertiku nanti:.

.:Untuk kau punya pohon sendiri:.

.:Punya dahan kukuh:.

.:Menggugurkan daun-daun cinta:.

.:Menyeksa hidupmu dengan bunga-bunga rindu:.

.:Menghujankanmu embun kristal:.

.:Membuat dirimu basah dengan kasih sayang si cinta:.

.:Hanya untukmu seorang:.

Serasilah kau bersama dahanmu

Suatu hari nanti...

Bisikan Cinta sang Dewi Cinta

::Khas juga buatmu Cintaku::


posted by acaaseera teja IRzara at 09:33 2 comments

Friday, March 28, 2008

K a L a U

Hari ni nak bercerita tentang 'KALAU'. aku tak nak hidup aku penuh dengan kalau, kalaulah... dan segalanya yang ada perkataan kalau. cukuplah 'KALAU' yang dah ada dalam hidup ni. pertama, KALAULAH aku belajar betul-betul masa sekolah menengah dulu, tentu keputusannya boleh membanggakan sekolah, insan-insan terdekat dengan aku terutama sekali ayah bonda. waktu di sekolah menengah aku cukup aktif. bukan aktif dalam pelajaran, tidak juga dalam sukan. aku aktif marayau ke kelas-kelas orang. mana-mana mata pelajaran yang aku suka aku akan belajar, agak-agak yang menyakitkan kepala aku akan tinggalkan dan terus keluar tanpa izin sesiapa. aku cepat bosan dan terasa masa yang digunakan oleh guru-guru untuk mengajar terlalu panjang sampai kadang-kala mata aku tertutup sendiri (tapi aku bukan puteri beradu dalam kelas).

kemudian, dapat keputusan SPM, tak berapa membanggakan. boleh dikatakan cukup-cukup makan (aku sangka aku gagal). yelah dengan sikap aku yang tak ambil kisah tentang pelajaran. aku anggap pergi sekolah hanya untuk bertemu kawan, bercerita tentang kisah-kisah lucu dan menarik yang sikit pun tak ada kena-mengena dengan pelajaran. bila tiba waktu nak ambil keputusan, kawan-kawan semuanya melompat sakan. aku tak ada apa-apa perasaan. sedih tak, gembira langsunglah. cuma bersyukur sebab tak perlu ulang periksa.

sampai waktu aku melanjutkan pelajaran untuk menggenggam diploma. separuh jalan, aku dah mula bosan. terasa beban untuk terus menghadap pelajaran yang aku tak pasti aku suka atau tidak. walaupun semuanya berkenaan dengan seni, terasa masa berlalu di situ terlalu lambat. akhirnya, aku mengundurkan diri tanpa ada rasa rugi. bukan tak ramai yang nasihatkan aku untuk teruskan pelajaran tapi lebih ramai lagi yang tepuk dahi sebab jawapan-jawapan aku mungkin menyakitkan hati mereka.

kenal cinta...rasa sayang...ucap kasih...tapi semuanya palsu. semuanya kerana rasa ingin tahu..ingin rasa dikasih..ingin disayang dan berangan nak ucap cinta (tak tahu bukan mudah nak bercinta). sampai pernah rasa tak nak teruskan hidup hanya kerana dikecewakan manusia durjana (marahnya!) yang menggunakan cinta untuk mendapatkan kepuasan kepesongan hati. mujur aku sedar sebelum kaki terpijak lumpur, jatuh menyembah bumi mengotorkan muka sendiri. terlalu memandang ke atas tanpa mahu menjenguk apa ada di bawah kaki. yang kadang-kala penuh lubang jahat memerangkap diri. membawa hati terus mendengar bisikan jahat. pernah aku ketepikan segala hanya kerana cinta. tapi aku yakin itu bukan cinta. hanyalah perasaan ingin tahu rasa dibelai dengan ayat-ayat manis. (takda maknanya!) akhir...aku sendiri sakit..di hati di kalbu di jiwa di sanubari. KALAUlah aku tak mudah jatuh suka...

dan...

aku hiris hati insan yang benar-benar menghargaiku hanya kerana dendam pada kisah lalu. maafkanlah aku wahai si manis. aku dendam, aku curiga, aku tak yakini kasihnya pada aku. dan segala kemarahan pada memori hitam aku lemparkan pada dia. kini semua sudah berlalu. terlalu banyak kesakitan yang aku tinggalkan dalam dirinya. kalaulah aku sedar selama ini aku bencikan bayangan memori yang cuba mengaburi mataku dari jasad si manisku...mungkin aku takkan melukainya...KALAUlah aku boleh beritahu..betapa kau sempurna untukku.. betapa aku rindu manisku...
myspace layout codes


aku pernah menghancurkan harapan mama dan papa yang ingin melihat aku berjaya. aku mengambil jalan mudah meninggalkan segala kesusahan sementara yang sepatutnya aku lalui untuk kejayaan. tapi mereka maafkan. beri aku peluang seterusnya. beri aku kebebasan memilih jalan hidup. begitu besar kasih sayang ibu dan ayah pada anak. KALAUlah aku tahu kesusahan itu dapat membanggakan mereka..aku sanggup meredah apa saja..

tapi tiap kali aku cuba menyesali kesilapan, aku tiba-tiba sedar ada sesuatu yang aku dapat dari kesilapan-kesilapan dulu. aku lebih menghargai mereka yang ada dalam hidupku kini. dalam tak sedar mereka yang banyak memimpin aku ke jalan yang bahagia. dalam diam...segala kesilapan mematangkanku...dalam sesal, kini aku lebih berhati-hati membuat keputusan. mesti aku akan berfikir panjang, berbincang dan pilih yang terbaik untuk masa depan. pengalaman adalah guru terbaik buat setiap insan.

dan bayangkan, dengan tanpa sebarang gulungan ajaib (diploma ke, ijazah ke...apa-apa ke) apa yang akan aku lakukan untuk terus hidup dalam dunia penuh warna ini? syukur, syukur, syukur..pada Dia yang mengurniakan bakat ini. tanpa seni ini aku tak mungkin akan menikmati kecantikan dunia. takkan mungkin aku punya teman-teman baru ini yang akan terus menyokong aku (ye ke korang ni?). tanpa bakat ini mungkin sekarang aku sedang bengong (kusut) tak tau apa nak buat untuk majukan diri. aku dapat rasa susah untuk aku tanam cita-cita tanpa kebolehan ini.

hati aku lebih lapang. walau ada sedikit rasa penyesalan dengan kesilapan lalu jauh di sudut hati, aku bahagia kini. penuh dengan impian untuk diri sendiri dan keluarga. tak sabar rasanya nak merealitikan cita-citaku.

sekarang aku tak ada rasa sesal..(cuma menyesal tengok dalam astro semalam tempat aku belajar makin cantik!!!uwaaaaa!!!!) aku perlu teruskan hidup dengan jalan yang telah aku pilih dulu. akan aku warnai jalan ini dengan corak-corak indah. yang aku pasti takkan pernah aku ucapkan KALAU di suatu masa nanti...

posted by acaaseera teja IRzara at 11:57 0 comments

Thursday, March 27, 2008

jejak kasihan aku dan eny!

start aku buka casa cinta aku ni...takde pula sangka akan ramai yang sokong aku. terima kasih semua..bermula dengan salam-salam yang aku terima termasuk kak eny. dalam ramai-ramai tu aku pernah jumpa alg je (bikash nur idris).
pastu kawan-kawan lain datang melawat rumah baru. ada juga yang datang masa aku takde rumah (time tu dorang lah jadi tuan rumah) termasuklah kak eny...aku gi rumah dia, dia datang rumah aku. dia gi rumah aku, aku pulak datang rumah dia. startlah kejar-mengejar antara kami! penat wow~ tak pernah terserempak pun!
tanggal 27hb Mac 2008 pukul...err...kul berapa kak? tak ingat tapi time tu aku dengan kak eny je yang aktif merayau-rayau ke rumah orang. cam biasalah..dia kat rumah aku,aku ketuk pintu rumah dia...last-last kak eny bagi satu idea yang tak pernah terlintas kat otak aku yang selalunya tangkas berfikir! (e'eleyyy lu minah!perasannn...)
err..apa kata kita ym?!ha'ah ek...terlupa lak..kami berbual dan berbual sampailah soalan aku asal mana kak eny duduk mana? rupa-rupanya selama ni kami bukan saja berkejar-kejaran kat dalam taman blog tapi juga berlari-larian kat Kuantan, Pahang!!!hahahahah~ sape nak tahu...tempat kak eny kerja sebelah taman rumah aku di Kuantan, Pahang!!! hahahaha~ patutlah aku dengan kak eny susah nak jumpa dalam blog...ni terbawa virus dari Kuantan ni!!!
bila kak eny sebut Kuantan aku pun sayu...kuat betul penangannya!teringat..rindu yang amat sangat...indahnya nikmatnya perasaan rindu yang ALLAH kurniakan pada manusia. Dia memisahkan antara manusia hanya untuk cabaran...kuat kasih sayang kita..kuatlah lagi talian yang dah sedia ada. jodoh juga kat tangan Dia..sebab tu aku dengan kak eny jadi gini! entah-entah dulu masa kat Kuantan dia pernah jeling aku kot...ke aku ter 'huh!' kat dia ke..hehehe~jangan marah kak eny....~
jadi pada semua orang..aku dan kak eny dah tamatkan larian kami!!hafirda...jangan nak masuk Q dalam guni lagi..sebab dah tak lari-lari lagi....hahahaha!!! hafirda...tunggu..i akan masukkan u dalam guni...
posted by acaaseera teja IRzara at 12:51 2 comments


Got My Cursor @ 123Cursors.com