teja IRzara casa cinta acaaseera

Monday, April 21, 2008

r i n d u weyyyyyyyyy

salam rindu untuk semua terutama sekali akaas//bikash//eny//ebriza//pu3 rock the world//hahah!jgn marah pu3. lama tak gurau dengan kau. sape yang aku tak sebut nama jangan kecik ati. cicir di kata tak tinggal di hati. chewaah~
untuk semua. bukan sengaja aku tak jenguk casa aku ni. tak ingat ke dulu tiap-tiap hari aku datang membaja dengan kata-kata, dengan gurau senda dengan semua kawan-kawan kat sini.
mungkin boleh aku katakan aku melalui satu UJIAN KECIL dari DIA YANG MAHA BERKUASA. sampai demam-demam jadinya. baru aku tahu bukan senang nak buat satu keputusan yang bakal mempengaruhi seluruh hidup aku dan orang-orang tersayang. tak perlu aku ceritakan. cukup dengan kata 'aku agak jatuh untuk lalu semua tu'. kat sini, terima kasih untuk insan-insan yang menyokong aku dalam aku membuat keputusan. seperti kata dia - 'sampai bila kau nak hidup dengan menjaga hati orang lain sedangkan orang tak pernah fikirkan kau??'
dan akhirnya aku buat keputusan demi diri sendiri yang agak 'layu//diseksa' manusia yang tak pernah fikir perasaan orang lain.
aku terpaksa korbankan beberapa perkara dalam kata putus ini. tapi aku tau aku akan dapat sesuatu keindahan kebahagian sebagai 'ganti'. insya-ALLAH.
rindu kat korang semua jangan cakaplah..walau baru kenal tapi rasa cam dah berdekad kita bermain kata gurau senda.
sini, aku nak beritahu. mungkin aku akan jarang menjenguk kalian semua seperti dulu tapi tak bermakna korang kena lupakan aku (cubalah kalau nak kena lempang!) huh~ dan aku takkan sekali lupakan semua yang banyak menyokong aku kat sini.
aku sayang CINTA..aku sayang TEMAN-TEMANku...
sampai berjumpa lagi. terima kasih untuk kau yang membawa aku ke CC untuk jenguk casa aku. muahhhh~ buat kau...hahaha...
dan tak lupa..ROSES untuk semua kawan-kawan aku kat sini! nah..nah...
posted by acaaseera teja IRzara at 22:38

3 Comments:

Betul tu Irzara, aku sokong.... sampai bila kita harus hidup dengan menjaga hati orang.... sedangkan hati kita terbiar dilapah dan di mamah dengan sewenangnya. Aku juga terkadang sudah lelah dengan semua itu, ingin rasanya aku turut merasa bagaimana agaknya bila kita melapah hati orang lain dengan satu keputusan dalam ketegasan yang terkadang tidak disangka antara yang kita miliki sebelumnya.... apapun aku tetap mendoakan moga segalanya dapat kau atasi dengan sebaiknya. Ingat.... sayangi dirimu dan utamakan dirimu dan keluarga sebelum kau sayangi dan utamakan orang yang mungkin belum pasti akan sentiasa bersamamu walau dalam apa jua yang bakal kau rasakan nanti....

April 22, 2008 at 9:49 PM  

pu3..thankx syg..sedikit sebyk aku tau keputusan aku tepat..utk mase dpn aku.sungguh besar 'hadiah' yg ALLAH berikan pada aku..dapat kawan2 mcm korang sume..tangisan tak dpt memujuk hati aku pu3.terkadang aku hampir hilang kawalan diri...tp mujur ade lagi manusia prihatin yg tetap bersama aku dlm susah dan senang...

April 27, 2008 at 7:05 PM  

ermmmmm...

April 27, 2008 at 7:12 PM  

Post a Comment

<< Home


Got My Cursor @ 123Cursors.com