teja IRzara casa cinta acaaseera

Friday, March 28, 2008

K a L a U

Hari ni nak bercerita tentang 'KALAU'. aku tak nak hidup aku penuh dengan kalau, kalaulah... dan segalanya yang ada perkataan kalau. cukuplah 'KALAU' yang dah ada dalam hidup ni. pertama, KALAULAH aku belajar betul-betul masa sekolah menengah dulu, tentu keputusannya boleh membanggakan sekolah, insan-insan terdekat dengan aku terutama sekali ayah bonda. waktu di sekolah menengah aku cukup aktif. bukan aktif dalam pelajaran, tidak juga dalam sukan. aku aktif marayau ke kelas-kelas orang. mana-mana mata pelajaran yang aku suka aku akan belajar, agak-agak yang menyakitkan kepala aku akan tinggalkan dan terus keluar tanpa izin sesiapa. aku cepat bosan dan terasa masa yang digunakan oleh guru-guru untuk mengajar terlalu panjang sampai kadang-kala mata aku tertutup sendiri (tapi aku bukan puteri beradu dalam kelas).

kemudian, dapat keputusan SPM, tak berapa membanggakan. boleh dikatakan cukup-cukup makan (aku sangka aku gagal). yelah dengan sikap aku yang tak ambil kisah tentang pelajaran. aku anggap pergi sekolah hanya untuk bertemu kawan, bercerita tentang kisah-kisah lucu dan menarik yang sikit pun tak ada kena-mengena dengan pelajaran. bila tiba waktu nak ambil keputusan, kawan-kawan semuanya melompat sakan. aku tak ada apa-apa perasaan. sedih tak, gembira langsunglah. cuma bersyukur sebab tak perlu ulang periksa.

sampai waktu aku melanjutkan pelajaran untuk menggenggam diploma. separuh jalan, aku dah mula bosan. terasa beban untuk terus menghadap pelajaran yang aku tak pasti aku suka atau tidak. walaupun semuanya berkenaan dengan seni, terasa masa berlalu di situ terlalu lambat. akhirnya, aku mengundurkan diri tanpa ada rasa rugi. bukan tak ramai yang nasihatkan aku untuk teruskan pelajaran tapi lebih ramai lagi yang tepuk dahi sebab jawapan-jawapan aku mungkin menyakitkan hati mereka.

kenal cinta...rasa sayang...ucap kasih...tapi semuanya palsu. semuanya kerana rasa ingin tahu..ingin rasa dikasih..ingin disayang dan berangan nak ucap cinta (tak tahu bukan mudah nak bercinta). sampai pernah rasa tak nak teruskan hidup hanya kerana dikecewakan manusia durjana (marahnya!) yang menggunakan cinta untuk mendapatkan kepuasan kepesongan hati. mujur aku sedar sebelum kaki terpijak lumpur, jatuh menyembah bumi mengotorkan muka sendiri. terlalu memandang ke atas tanpa mahu menjenguk apa ada di bawah kaki. yang kadang-kala penuh lubang jahat memerangkap diri. membawa hati terus mendengar bisikan jahat. pernah aku ketepikan segala hanya kerana cinta. tapi aku yakin itu bukan cinta. hanyalah perasaan ingin tahu rasa dibelai dengan ayat-ayat manis. (takda maknanya!) akhir...aku sendiri sakit..di hati di kalbu di jiwa di sanubari. KALAUlah aku tak mudah jatuh suka...

dan...

aku hiris hati insan yang benar-benar menghargaiku hanya kerana dendam pada kisah lalu. maafkanlah aku wahai si manis. aku dendam, aku curiga, aku tak yakini kasihnya pada aku. dan segala kemarahan pada memori hitam aku lemparkan pada dia. kini semua sudah berlalu. terlalu banyak kesakitan yang aku tinggalkan dalam dirinya. kalaulah aku sedar selama ini aku bencikan bayangan memori yang cuba mengaburi mataku dari jasad si manisku...mungkin aku takkan melukainya...KALAUlah aku boleh beritahu..betapa kau sempurna untukku.. betapa aku rindu manisku...
myspace layout codes


aku pernah menghancurkan harapan mama dan papa yang ingin melihat aku berjaya. aku mengambil jalan mudah meninggalkan segala kesusahan sementara yang sepatutnya aku lalui untuk kejayaan. tapi mereka maafkan. beri aku peluang seterusnya. beri aku kebebasan memilih jalan hidup. begitu besar kasih sayang ibu dan ayah pada anak. KALAUlah aku tahu kesusahan itu dapat membanggakan mereka..aku sanggup meredah apa saja..

tapi tiap kali aku cuba menyesali kesilapan, aku tiba-tiba sedar ada sesuatu yang aku dapat dari kesilapan-kesilapan dulu. aku lebih menghargai mereka yang ada dalam hidupku kini. dalam tak sedar mereka yang banyak memimpin aku ke jalan yang bahagia. dalam diam...segala kesilapan mematangkanku...dalam sesal, kini aku lebih berhati-hati membuat keputusan. mesti aku akan berfikir panjang, berbincang dan pilih yang terbaik untuk masa depan. pengalaman adalah guru terbaik buat setiap insan.

dan bayangkan, dengan tanpa sebarang gulungan ajaib (diploma ke, ijazah ke...apa-apa ke) apa yang akan aku lakukan untuk terus hidup dalam dunia penuh warna ini? syukur, syukur, syukur..pada Dia yang mengurniakan bakat ini. tanpa seni ini aku tak mungkin akan menikmati kecantikan dunia. takkan mungkin aku punya teman-teman baru ini yang akan terus menyokong aku (ye ke korang ni?). tanpa bakat ini mungkin sekarang aku sedang bengong (kusut) tak tau apa nak buat untuk majukan diri. aku dapat rasa susah untuk aku tanam cita-cita tanpa kebolehan ini.

hati aku lebih lapang. walau ada sedikit rasa penyesalan dengan kesilapan lalu jauh di sudut hati, aku bahagia kini. penuh dengan impian untuk diri sendiri dan keluarga. tak sabar rasanya nak merealitikan cita-citaku.

sekarang aku tak ada rasa sesal..(cuma menyesal tengok dalam astro semalam tempat aku belajar makin cantik!!!uwaaaaa!!!!) aku perlu teruskan hidup dengan jalan yang telah aku pilih dulu. akan aku warnai jalan ini dengan corak-corak indah. yang aku pasti takkan pernah aku ucapkan KALAU di suatu masa nanti...

posted by acaaseera teja IRzara at 11:57

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Got My Cursor @ 123Cursors.com