teja IRzara casa cinta acaaseera

Friday, March 28, 2008

K a L a U

Hari ni nak bercerita tentang 'KALAU'. aku tak nak hidup aku penuh dengan kalau, kalaulah... dan segalanya yang ada perkataan kalau. cukuplah 'KALAU' yang dah ada dalam hidup ni. pertama, KALAULAH aku belajar betul-betul masa sekolah menengah dulu, tentu keputusannya boleh membanggakan sekolah, insan-insan terdekat dengan aku terutama sekali ayah bonda. waktu di sekolah menengah aku cukup aktif. bukan aktif dalam pelajaran, tidak juga dalam sukan. aku aktif marayau ke kelas-kelas orang. mana-mana mata pelajaran yang aku suka aku akan belajar, agak-agak yang menyakitkan kepala aku akan tinggalkan dan terus keluar tanpa izin sesiapa. aku cepat bosan dan terasa masa yang digunakan oleh guru-guru untuk mengajar terlalu panjang sampai kadang-kala mata aku tertutup sendiri (tapi aku bukan puteri beradu dalam kelas).

kemudian, dapat keputusan SPM, tak berapa membanggakan. boleh dikatakan cukup-cukup makan (aku sangka aku gagal). yelah dengan sikap aku yang tak ambil kisah tentang pelajaran. aku anggap pergi sekolah hanya untuk bertemu kawan, bercerita tentang kisah-kisah lucu dan menarik yang sikit pun tak ada kena-mengena dengan pelajaran. bila tiba waktu nak ambil keputusan, kawan-kawan semuanya melompat sakan. aku tak ada apa-apa perasaan. sedih tak, gembira langsunglah. cuma bersyukur sebab tak perlu ulang periksa.

sampai waktu aku melanjutkan pelajaran untuk menggenggam diploma. separuh jalan, aku dah mula bosan. terasa beban untuk terus menghadap pelajaran yang aku tak pasti aku suka atau tidak. walaupun semuanya berkenaan dengan seni, terasa masa berlalu di situ terlalu lambat. akhirnya, aku mengundurkan diri tanpa ada rasa rugi. bukan tak ramai yang nasihatkan aku untuk teruskan pelajaran tapi lebih ramai lagi yang tepuk dahi sebab jawapan-jawapan aku mungkin menyakitkan hati mereka.

kenal cinta...rasa sayang...ucap kasih...tapi semuanya palsu. semuanya kerana rasa ingin tahu..ingin rasa dikasih..ingin disayang dan berangan nak ucap cinta (tak tahu bukan mudah nak bercinta). sampai pernah rasa tak nak teruskan hidup hanya kerana dikecewakan manusia durjana (marahnya!) yang menggunakan cinta untuk mendapatkan kepuasan kepesongan hati. mujur aku sedar sebelum kaki terpijak lumpur, jatuh menyembah bumi mengotorkan muka sendiri. terlalu memandang ke atas tanpa mahu menjenguk apa ada di bawah kaki. yang kadang-kala penuh lubang jahat memerangkap diri. membawa hati terus mendengar bisikan jahat. pernah aku ketepikan segala hanya kerana cinta. tapi aku yakin itu bukan cinta. hanyalah perasaan ingin tahu rasa dibelai dengan ayat-ayat manis. (takda maknanya!) akhir...aku sendiri sakit..di hati di kalbu di jiwa di sanubari. KALAUlah aku tak mudah jatuh suka...

dan...

aku hiris hati insan yang benar-benar menghargaiku hanya kerana dendam pada kisah lalu. maafkanlah aku wahai si manis. aku dendam, aku curiga, aku tak yakini kasihnya pada aku. dan segala kemarahan pada memori hitam aku lemparkan pada dia. kini semua sudah berlalu. terlalu banyak kesakitan yang aku tinggalkan dalam dirinya. kalaulah aku sedar selama ini aku bencikan bayangan memori yang cuba mengaburi mataku dari jasad si manisku...mungkin aku takkan melukainya...KALAUlah aku boleh beritahu..betapa kau sempurna untukku.. betapa aku rindu manisku...
myspace layout codes


aku pernah menghancurkan harapan mama dan papa yang ingin melihat aku berjaya. aku mengambil jalan mudah meninggalkan segala kesusahan sementara yang sepatutnya aku lalui untuk kejayaan. tapi mereka maafkan. beri aku peluang seterusnya. beri aku kebebasan memilih jalan hidup. begitu besar kasih sayang ibu dan ayah pada anak. KALAUlah aku tahu kesusahan itu dapat membanggakan mereka..aku sanggup meredah apa saja..

tapi tiap kali aku cuba menyesali kesilapan, aku tiba-tiba sedar ada sesuatu yang aku dapat dari kesilapan-kesilapan dulu. aku lebih menghargai mereka yang ada dalam hidupku kini. dalam tak sedar mereka yang banyak memimpin aku ke jalan yang bahagia. dalam diam...segala kesilapan mematangkanku...dalam sesal, kini aku lebih berhati-hati membuat keputusan. mesti aku akan berfikir panjang, berbincang dan pilih yang terbaik untuk masa depan. pengalaman adalah guru terbaik buat setiap insan.

dan bayangkan, dengan tanpa sebarang gulungan ajaib (diploma ke, ijazah ke...apa-apa ke) apa yang akan aku lakukan untuk terus hidup dalam dunia penuh warna ini? syukur, syukur, syukur..pada Dia yang mengurniakan bakat ini. tanpa seni ini aku tak mungkin akan menikmati kecantikan dunia. takkan mungkin aku punya teman-teman baru ini yang akan terus menyokong aku (ye ke korang ni?). tanpa bakat ini mungkin sekarang aku sedang bengong (kusut) tak tau apa nak buat untuk majukan diri. aku dapat rasa susah untuk aku tanam cita-cita tanpa kebolehan ini.

hati aku lebih lapang. walau ada sedikit rasa penyesalan dengan kesilapan lalu jauh di sudut hati, aku bahagia kini. penuh dengan impian untuk diri sendiri dan keluarga. tak sabar rasanya nak merealitikan cita-citaku.

sekarang aku tak ada rasa sesal..(cuma menyesal tengok dalam astro semalam tempat aku belajar makin cantik!!!uwaaaaa!!!!) aku perlu teruskan hidup dengan jalan yang telah aku pilih dulu. akan aku warnai jalan ini dengan corak-corak indah. yang aku pasti takkan pernah aku ucapkan KALAU di suatu masa nanti...

posted by acaaseera teja IRzara at 11:57 0 comments

Thursday, March 27, 2008

jejak kasihan aku dan eny!

start aku buka casa cinta aku ni...takde pula sangka akan ramai yang sokong aku. terima kasih semua..bermula dengan salam-salam yang aku terima termasuk kak eny. dalam ramai-ramai tu aku pernah jumpa alg je (bikash nur idris).
pastu kawan-kawan lain datang melawat rumah baru. ada juga yang datang masa aku takde rumah (time tu dorang lah jadi tuan rumah) termasuklah kak eny...aku gi rumah dia, dia datang rumah aku. dia gi rumah aku, aku pulak datang rumah dia. startlah kejar-mengejar antara kami! penat wow~ tak pernah terserempak pun!
tanggal 27hb Mac 2008 pukul...err...kul berapa kak? tak ingat tapi time tu aku dengan kak eny je yang aktif merayau-rayau ke rumah orang. cam biasalah..dia kat rumah aku,aku ketuk pintu rumah dia...last-last kak eny bagi satu idea yang tak pernah terlintas kat otak aku yang selalunya tangkas berfikir! (e'eleyyy lu minah!perasannn...)
err..apa kata kita ym?!ha'ah ek...terlupa lak..kami berbual dan berbual sampailah soalan aku asal mana kak eny duduk mana? rupa-rupanya selama ni kami bukan saja berkejar-kejaran kat dalam taman blog tapi juga berlari-larian kat Kuantan, Pahang!!!hahahahah~ sape nak tahu...tempat kak eny kerja sebelah taman rumah aku di Kuantan, Pahang!!! hahahaha~ patutlah aku dengan kak eny susah nak jumpa dalam blog...ni terbawa virus dari Kuantan ni!!!
bila kak eny sebut Kuantan aku pun sayu...kuat betul penangannya!teringat..rindu yang amat sangat...indahnya nikmatnya perasaan rindu yang ALLAH kurniakan pada manusia. Dia memisahkan antara manusia hanya untuk cabaran...kuat kasih sayang kita..kuatlah lagi talian yang dah sedia ada. jodoh juga kat tangan Dia..sebab tu aku dengan kak eny jadi gini! entah-entah dulu masa kat Kuantan dia pernah jeling aku kot...ke aku ter 'huh!' kat dia ke..hehehe~jangan marah kak eny....~
jadi pada semua orang..aku dan kak eny dah tamatkan larian kami!!hafirda...jangan nak masuk Q dalam guni lagi..sebab dah tak lari-lari lagi....hahahaha!!! hafirda...tunggu..i akan masukkan u dalam guni...
posted by acaaseera teja IRzara at 12:51 2 comments

aku DEWI CINTAmu

hati aku terdetik benci tapi tak mampu terhurai dek rekahan bibir..
benci aku tidak pada namamu...
tidak pada sikapmu..
apalagi dirimu...
aku diamkan segala tipu helahmu...
aku kunyah segala kepahitan...
aku pejamkan kecuranganmu...
sebab...
aku cinta...
sebab...
aku sayang...
sebab...
aku kasih...
sebab...
kau nadiku...
sebab....
kau segalanya bagiku...
sebab...
HANYA DIRIMU di hati...
sebab...
aku DEWI CINTAmu...
tapi.....
aku tak dihargai~


persis air yg mengalir di kali jernih..
takkan pernah berhenti menyayangimu..

teja irZARA
posted by acaaseera teja IRzara at 09:07 0 comments

Wednesday, March 26, 2008

aku dan handphone.....



aku saja nak kongsi gambar ni dgn korang tapi gambarnya aku buat jadi blur sikit dan kecilkan gambar tu..malu lah!kang kecik sangat tak nampak pulak apa yang aku nak tunjuk ni~.. sebenarnya gambar ni masa mama dan papa nak hantar aku balik ke JB. kami singgah kat satu restoran India Muslim. Corner lot (biasalah restoran mereka memang besar-besar). aku tak berapa gemar duduk melepak kat restoran-restoran camtu. aku lebih suka duk menempek kat gerai-gerai open air tepi jalan. boleh ketawa kuat-kuat (sungguh kurang sopan!) tapi disebabkan papa kesayangan aku suka dengan masakan mereka so kami pun terjun dari kereta untuk 'mengeteh' (ayat yang sering digunakan oleh orang johor untuk minum minuman panas). restoran tu kat pontian...betul-betul tepi pantai..anginnya tak payah ceritalah...aduh..~

tengah syok-syok menghirup...papa aku panggil... "nak..nak..." (anak), aku toleh...rupanya dia dah siap pegang kamera, aku memang suka posing-posing ni! satu hari pun tak pe! posing sana posing sini sampai aku tak sedar...jeng jeng jeng...cuba korang tengok handphone aku...ada lampu biru...maknanye???hahahahahahahah!~ entah camana aku terperasan...tengok-tengok dah ada empat misscalled! oh no....hehehehe~ tak perlulah aku beritahu siapa pemanggilnya dan kemudian bermula sesi soal jawab antara aku dan si pemanggil...

kelakarlah...sebab selama ni aku belek gambar ni, tak nampak pulak hp aku berlampu...baru aku perasan semalam! so aku tergelak-gelak dan terasa nak share gambar ni dengan semua...mungkin pada korang gambar ni tak bermakna apa-apa tapi aku rasa kelakar!!!hahahahah~ suka hati akulah..aku nak cerita..

so bila bergambar tu, agak-agakla..jangan sampai terlupa yang kita ni sedang berbalas message dengan orang lain...tiba-tiba aku senyap tentulah orang kedua tu tertanya-tanya...pelik ada risau pun ada...sedap-sedap berSMS, tiba-tiba aku diam! rupanya bergambar dalam restoran! kalau cerita...kan ke malu?
dan akhirnya aku tak sampai ke JB..adik aku (MUHAMMAD nashriq) accident. kami berpatah balik ke batu pahat dan terus ke hospital besar. macam nak pengsan aku tengok keadaan dia. dah nak hancur bahagian mulut dan ke bawah. aku ada gambar dia tapi nak dikongsi dengan korang aku takut lepas tengok, itu akan jadi kali terakhir korang masuk melawat me casa ni ha..jadi baik tak payah. uh~ dahlah nak SPM...accident motor tapi bukan salah dia TAPI aku tak peduli! untuk semua penunggang dan insan yang paling aku sayang...tolonglah tunggang motor baik-baik. kita bawa elok-elok pun orang lain suka-suka nak hentam kita yang bermotor ni..emm~ lebih selamat dengan keretalah..
posted by acaaseera teja IRzara at 08:46 0 comments

Tuesday, March 25, 2008

Putra World Trade Centre

Selamat datang semua terutama kepada TEJA IRZARA (akulah tu) yang tak pernah pergi ke pesta buku. seronok dah bercampur gementar ni. apalah rupanya kat sana nanti..nak buat apa? tak ada pengalamanlah..aduhai tak pergi rugi. masa nilah nak kenal kawan-kawan penulis yang selama ni asyik dengar nama aje.

penulis ni pun artis juga cuma tak glamour dari segi rupa, suara dan aksi. kita semua bergaya, bernyanyi, berlawak, menari, apa-apalah...dengan tulisan. kalau artis-artis tv @ radio (pun orang kenal rupa) jalan-jalan kat bandar...semua orang tengok dan yang fanatik...errr nak tandatangan!!!~ tapi kita-kita ni catwalklah camana pun...orang tak kenal...!!! tulah kelebihan kita. pembaca, peminat kita takkan tersalah 'mengundi' untuk kita terus maju dalam penulisan kita sebab mereka tak nampak rupa kita, mereka tak dengar suara kita. orang lain pun takkan nak bantah apa-apa kalau kata "emmm...novel ni best" atau "penulis ni bagus" atau "cerita ni boring" atau apa-apa lagi..


so untuk semua kawan-kawan penulis..lebih-lebih lagi yang senior..kita semua memang dah menang keikhlasan hati peminat @ pembaca kita tanpa ada pemikiran terikat atau tergoda pada kecantikan luaran.
mereka (pembaca) adili kita dengan hasil karya kita..hoow~ jauh dah aku membebel ni.. sebenarnya nak cakap..jumpa semua di PWTC. kalau diizainkan ALLAH swt, jumpalah kita..
posted by acaaseera teja IRzara at 12:20 0 comments

yeaaa yeaaaa...mama ngan papa nak datang!!!!

yeaaaaaa~ boleh lah arini aku duk dalam bilik dan sambung tidur! sebab mama ada jadi mama masak...tak payahlah aku masak!! em dah duduk jauh dari keluarga ni..baru kita akan hargai masakan ibu tau. dulu masa merantau tempat orang pun aku terpaksa berpisah dari air tangan bonda. ayahanda aku pun pandai masak tapi selalu lupa letak garam. dan jugak dapur mama akan jadi cam kena langgar dek garuda! bayangkannnnn~

tapi aku rindu kat akaas..teman aku dalam susah dan senang dalam semua-semualah!...bilalah dapat ketemu kamu lagi ya~ masa dapat DEWI CINTA dia yang beriya-iya buka sampai lupa tu hasil karya aku...cam dia punya pulak!hahahahah~ape pun kau tetap yang terpaling terfaham aku. hehehe~
posted by acaaseera teja IRzara at 11:59 0 comments

::UPSR...PMR...SPM... hahaha dari kakandamu::

buat Baby (MUHAMMAD nazree sazali) jangan nak main gitar je! tahun ni PMR! huh~kau ni kalau belajar boleh jadi lawyer pasal kau loya buruk. asyik gaduh dgn MR sazali tu. hah! kau Baby Stan (MUHAMMAD nazyreen sazali) tahun ni UPSR! jangan asyik nak melukis je! (tapi cantik gak lukisan kau) pening kepala mama tiga-tiga hero dia exam tahun ni!hahahahah~ last-last kang mama aku yang baca buku sambil masak kat dapur.






untuk Lisandro (MUHAMMAD nashriq sazali) tahun ni SPM!kau jangan nak merayap je! jangan takraw je! pening kepala mama papa. baca buku. jangan jadi cam aku. rasa cam nak patah balik ke form 5 and wat betul-betul..err...tapi tak nak lah..sekso nak ngadap buku. den tak suko!

ape pun untuk tiga-tiga adik lelaki kesayangan aku dunia akhirat...SELAMAT MAJU JAYA...TRY THE BEST NOT YOUR BEST!

Labels:

posted by acaaseera teja IRzara at 11:24 2 comments

gud munin semua...munin manja..akhirnye~ hahahahah...i lap u lah alg.ni kat office dah...sampai je wat apa-apa yang patut..terus cek line...jeng jeng jeng...line clear! terus buka blog..wawawawaw~hahahahaha~ tu jelah yang aku wat sampai kering gusi..terima kasih untuk alg bikash, rehal and pu3imaneisya (betul ke aku eja nama?) sebab sudi singgah..pagi-pagi pula tu..beta dah beradu lah...penat sangat semalam. sampai bangun lambat..cepat-cepat capai towel, masuk bathroom, terus buka shower mandi dengan baju-baju sekali!!!
hahahahaha~hari ni aku nak happy je. dah cukuplah pening kepala. macam-macam juga dugaan yang datang baru-baru ni tapi alhamdulillah ALLAH percayakan ketabahan aku untuk tempuh segala-galanya..
Errrr...harap ramai lagi yang akan datang singgah kat me casa ni. untuk yang nak komen ke complain ke..silakan..
Alg...jumpa kat PWTC nanti..kak ebriza,kalau singgah sini, nanti kita jumpa kat PWTC keh?

posted by acaaseera teja IRzara at 09:00 0 comments

Monday, March 24, 2008

salam...
posted by acaaseera teja IRzara at 16:10 0 comments


Got My Cursor @ 123Cursors.com